Assalamualaikum. Salam bahagia, salam sihat dan ceria 😊
Biasa kita dengar vitamin C je kan? Vita E ni apa pula?
Vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak dan vitamin antioksidan yang sangat berkuasa yang tidak dapat dihasilkan tubuh. Ia boleh menghalang penuaan sebelum usia. Siapa je yang tak suka awet muda sentiasa kan?
Oppss bukan setakat untuk kekal cantik, banyak lagi manfaat vitamin E Shaklee untuk kesihatan kita. Teruskan membaca tau!
Vitamin E adalah sumber daripada minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian dan semua bijirin, beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, susu, oat, kacang soya, ubi kentang dan gandum.
Jangan kata pula "macam tu ambil makanan tu je la, kenapa nak kena ambil vitamin?"
Keperluan vitamin berbeza mengikut umur, jantina dan aktiviti harian seseorang.
Namun begitu, mengikut saranan yang telah ditetapkan sebagai panduan oleh Recommended Dietary Intake Malaysia 2017, keperluan vitamin E adalah seperti berikut:
- Bayi 0 - 11 bulan : 3mg/hari (dapat dari susu ibu)
- Kanak-kanak 1-6 tahun : 5mg/hari
- Kanak-kanak 7-9 tahun : 7mg/hari
- Remaja lelaki 10-18tahun : 10mg/hari
- Remaja perempuan 10-18 tahun : 7.5mg/hari
- Lelaki 19-65 tahun dan keatas : 10mg/hari
- Perempuan 19-65 tahun keatas : 7.5mg/hari
Kelebihan Vita E Shaklee
1. Sumber semulajadi
Vitamin E Shaklee datang dari sumber semulajadi d-alpha tocopherol, bukan dari sumber kimia mahupun vitamin tiruan.
2. Mengandungi Selenium
Selenium adalah bersifat antioksidan. Antioksidan melindungi sel-sel daripada kerosakan. Terdapat beberapa bukti bahawa suplemen selenium boleh mengurangkan kanser prostat, risiko kolorektal atau kanser paru-paru dan penyakit jantung.
Selain itu, selenium membantu meningkatkan sistem imun badan dan menolong mengeluarkan logam berat seperti plumbum dari badan.
Vitamin E berfungsi lebih baik dan lebih lama dalam badan anda apabila anda mempunyai selenium.
3. Ekstrak Biji Anggur (lebih dikenali dengan nama grape seed)
Mengikut kajian saintifik Grape Seed Extract terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika diamalkan secara konsisten.
Grape Seed Extract juga terbukti berkesan untuk menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul, serta merencat pembengkakan dan keradangan.
4. Satu Kapsul 400IU
Sebiji Vitamin E Shaklee telah menepati sarapan yang ditetapkan untuk pengambilan harian lelaki Dan perempuan dewasa.
Berdasarkan kelebihan Vitamin E Shaklee ni, kenapa nak pilih vitamin banyak² sebab dalam vitamin E Shaklee dah siap ada selenium dan grape seed yang mana dijual berasingan tiga jenis sumber makanan tambahan ini bagi jenama lain.
Kebaikan Vitamin E Shaklee Untuk Kecantikan
1. Terkenal sebagai vitamin cantik. Vitamin E baik untuk mereka yang inginkan kulit lebih cantik, licin dan awet muda.
2. Bersifat anti penuaan dimana ia dapat mengurangkan garisan halus serta tanda penuaan lain.
3. Membantu mengurangkan parut jerawat.
4. Memperbaiki peredaran darah yang membuatkan kulit lebih berseri dan tidak kusam.
5. Membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Awet muda sentiasa!
6. Baik untuk rambut yang cantik, sihat dan lebat.
7. Mengawal pengeluaran sebum minyak pada wajah dapat membantu mereka yang mengalami kulit berminyak.
Kebaikan Vitamin E Shaklee untuk Kesihatan
1. Bertindak sebagai antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas.
2. Baik untuk jantung. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan vitamin E boleh mengelakkan daripada terhasilnya darah beku dan mengurangkan risiko strok serta serangan jantung. Hal ini kerana, ia mempunyai fungsi menghalang daripada darah membeku dalam saluran darah dengan mengganggu salah satu proses pembekuan yang melibatkan bahan platlet.
3. Mengurangkan tekanan darah
4. Memperbaiki tisu
5. Mengurangkan stretch mark hodoh di perut
6. Mengurangkan parut luka di kulit
7. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
8. Melindungi paru paru dari pencemaran udara
9. Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
10. Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
11. Merendahkan kadar kolesterol
12. Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
13. Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual (PMS)
14. Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
15. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
16. Untuk ibu menyusukan bayi : mengurangkan bengkak susu jika diambil secara berterusan, puting yang luka akibat menyusu jugak akan recover dengan cepat.
Siapa perlu Vitamin E?
*Untuk suami: Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), ereksi lebih lama, lebih mudah terangsang, libido yang kuat, orgasma yang lebih kerap dan bersemangat, meningkatkan pengeluaran air mani dan jumlah sperma lelaki juga mampu membantu meningkatkan tahap mobiliti sperma. Sebab itu ia dicadangkan untuk kesuburan lelaki.
*Untuk isteri: Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), lebih mudah terangsang, libido lebih kuat, menstabilkan hormon 'cinta' dan kewanitaan, terutama bg ibu menyusu yang mempunyai hormon prolaktin lebih tinggi (Hormon prolaktin tinggi boleh menyebabkan keinginan seksual agak kurang)
- Untuk Pesakit Alzheimer, mereka juga dicadangkan mengambil vitamin E untuk memperlahankan simptom yang dialami pesakit.
- Untuk mereka yang mempunyai parut jerawat atau parut kecederaan dan mereka yang ingin mencantikkan kulit
- Untuk ibu yang mengalami stretchmark selepas bersalin atau turun berat badan.
- Sesuai sebagai langkah pencegahan bagi mereka yang berisiko tinggi mengidap kanser.
- Sesuai bagi ibu yang sering mengalami keguguran untuk persediaan sebelum hamil seterusnya.
- Untuk para atlit yang ingin mantain tenaga mereka sewaktu bersukan.
Nak dapatkan Vitamin E Shaklee? Boleh cari KakJah di sini
👧Fieza Shukor
📱019-7293577
ⓕNorhafizah AbdulShukor
💕Instagram : fieza_bungaa
Ulasan
Catat Ulasan