Hai semua. Assalamualaikum dan salam bahagia! π
Macam lama tak menulis kan? Bukan macam, memang ya. Sebab KakJah sangat busy uruskan anak-anak sekolah dan sibuk dengan aktiviti bulan Ramadan ni. Maklumlah KakJah ni pasangan jarak jauh, jadi semuanya kena buat dan urus sendiri. Alhamdulillah Allah bagi sihat untuk lalui semua itu.
Panjang betul mukadimah KakJah kan? Hihihi
Hari ni KakJah nak cerita tentang vitamin C. Sebut Vitamin C mesti semua orang ingat cantik! Betulkan? Hakikatnya vitamin kegemaran ramai ini bukan sekadar untuk kulit cantik.
Sebelum KakJah ceritakan manfaat vitamin C, KakJah nak bagitahu dulu kelebihan vitamin C Shaklee yang tak sama dengan vitamin C lain.
1. SR Vitamin C Shaklee adalah vitamin C pertama yang menggunakan sistem pelepasan berperingkat (sustained release). Sistem ini melepaskan vitamin C secara berperingkat setiap jam selama 5 jam. Ini dapat memastikan tiada pembaziran berlaku kerana badan kita hanya boleh menerima sebanyak 100-200mg sahaja setiap jam dan selebihnya akan dikeluarkan melalui air kencing.
2. Dihasilkan daripada bahan semulajadi iaini ekstrak jagung yang mana ia sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensetif.
3. Mengandungi bioflavanoid. Ia membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan dan dapat tingkatkan kadar penyerapan vitamin C. Ia juga membantu melegakan inflamasi dan menentang serangan radikal bebas.
4. Mempunyai kajian klinikal. Bukan vitamin C sahaja, malah semua produk dan bahan yang digunakan dalam produk Shaklee menjalani ujian bagi mengekalkan matlamat supaya menghasilkan produk yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.
Ok, kenapa KakJah kata vitamin C bukan hanya untuk cantik? Apa lagi manfaat vitamin ini?
- Meningkatkan sistem imun
- Membantu membina sel darah merah yang lebih sihat untuk bantu penyerapan zat besi dan bantu sel darah putih menentang jangkitan bakteria dan kuman.
- Mengurangkan risiko penyakit insomnia dan anemia
- Membantu mengatasi masalah resdung
- Membantu menurunkan paras asid urik. Bagus untuk yang ada masalah gout.
- Membantu mengurangkan stress
- Membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat
- Merangsang penghasilan kolagen yang juga baik untuk sendi
- Mengurangkan masalah gusi berdarah
Ulasan
Catat Ulasan