TIPS KURUS DENGAN CEPAT

 

Assalamualaikum dan salam bahagia 😊


Kurus? Ramai orang nak kurus, tapi suka makan. Tapi makan pun boleh kurus kalau kena caranya. 


"Alaa tak apa la gemuk pun, janji bahagia". Ni kata-kata orang yang berputus asa sebelum usaha. Hakikatnya gemuk, overweight, obesiti banyak risiko penyakit. Bila ada duit, ada masa tapi dihabiskan dengan rawatan hospital, bahagiakah kita?


"Tak semestinya. Orang kurus pun ada yang sakit". Betul, orang kurus pun ramai je yang sakit. Tapi kurang la risiko penyakit yang berkaitan obesiti. 


Kan ke bagus mencegah sebelum parah!


KakJah bukan nak kutuk, nak hina ya. Tapi KakJah nak bagi kesedaran supaya kita sama² dapat berat badan sihat. Mudah-mudahan sihat tubuh badan senang nak bergerak, senang nak beribadah. 


KakJah faham bukan senang nak kurus. Jadi hari ni KakJah share tips KakJah ye.


"Eleh, KakJah boleh la.. Memang kurus dari dulu"


Kalau terdetik di fikiran awak macam tu, awak salah. KakJah pernah je chubby, tak gemuk tapi sedikit berisi. Dan kalau tak dijaga boleh je gemuk. Tak percaya? Tengok sekeliling, ramai je yang dulunya kurus melidi tapi sekarang obesiti. 

KakJah pun pernah berat hampir 60kg tapi KakJah bangkit. Tak nak gemuk, nak kurus sentiasa! 


2011, KakJah 24 tahun. Sebenarnya KakJah lagi suka masa ni. Kurus tapi pipi pau. Kawan KakJah panggil KakJah pau cina ☺️

2019 - masa ni dah nampak berisi kan πŸ˜…

Dec 2022 KakJah begini. Tak ada lagi pipi pau, tak ada lagi badan berisi. Nak berat dulu 43-44kg memang dalam mimpi, tapi sebab KakJah tinggi masih nampak kurus lagi walau berat 48kg 😁



Nak ikutkan KakJah anak tiga dah. Anak pertama bersalin secara pembedahan, anak kedua bersalin normal, anak ketiga KakJah keguguran dan menjalani prosedur D&C. Dan KakJah menyusukan kedua-dua anak sehingga hampir 3 tahun ditambah seorang anak susuan. Semua ni selalu digunakan alasan untuk berat naik dan naik kan? 

Haa panjang mukadimah. So KakJah nak bagi tips KakJah kurus dengan cepat. 

1. Makan hati. Ehh ehhh gurau². Kita boleh makan nasi, buat apa makan hati ye tak?
Tapi nak kurus kena jaga la portion nasi ni. 
KakJah sangat sangat sangat jarang makan nasi sepinggan penuh, siap bertambah. Biasa KakJah ambil 1 senduk nasi dan tak tambah dah. Protein dan sayuran elok la dimakan bersama nasi. Makan nasi tak gemuk ye, jangan salahkan nasi. Salahkan diri yang makan pinggan penuh berisi πŸ™ˆ

2. Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman 😊
Kalau kawan KakJah baca ni mesti diaorang kata KakJah tipu sebab kawan² tau KakJah ni suka desserts. Hihihi
Tapi! Bukanlah KakJah makan desserts setiap hari, seminggu sekali pun tidak. Nak kata sebulan sekali pun jarang². Bila dapat tu mesti la kena nikmati. 
Air pula memang KakJah kat rumah minum air kosong sahaja. Pergi kedai baru minum air manis.

3. Exercise?
Sumpah tak tipu boleh dikira dengan jari la KakJah bersenam terutama selepas kahwin πŸ˜…
Sebab KakJah tak suka peluh. Hihi
Tapi ada la sesekali pergi gym, aerobik / zumba sendiri kat rumah / jogging. Tapi serius tak tipu memang jarang². Korang jangan la ikut tau. Bersenam elok untuk kesihatan, jadi amalkan la cara hidup yang sihat.

4. Waktu makan
Biasanya kalau KakJah sarapan, tengahari skip makan. Petang sebelum maghrib baru makan semula. KakJah sangat jarang makan malam.
Tu bukan bulan puasa la ye, puasa ni KakJah rasa banyak makan dari bulan² lain. Hihi
Sarapan pula kadang² je KakJah minum teh tarik, nasi lemak. Biasa ambil protein sahaja. 
Cuma kalau balik kampung, makan je apa mak dan mak mertua masak. Hargai air tangan mak ☺️

5. Kurangkan makan makanan proses
KakJah memang jarang membeli makanan proses buat stok. Ada la kadang² beli, tapi tak jadikan amalam beli makanan proses setiap bulan. Sebab makanan proses ni tinggi kalori. Bila makan selalu agak² jadi apa? 

6. Intermittent fasting
Atau lebih senang faham puasa sekejap. Contoh start dari 8 malam, pukul 12 tengahari esoknya baru makan semula. Contohhh. Ikut kemampuan berapa lama kita boleh berpuasa. 
KakJah buat ni tapi bukan secara serius. Bila rasa nak buat, buat. Lagipun tak ada kawan nak makan, jadi last makan malam esoknya petang baru makan semula. Air kosong je memang minum.
Nak lagi baik puasa sunat je terus ☺️

7. Last but not least - Vitamins Shaklee
Yang ini sangat membantu sebenarnya. KakJah tak ambil yang mahal² pun, yang ni pun dah cukup untuk bantu KakJah dan awak juga kurus dengan cepat 




❤️ESP / CINCH SHAKE / LIFE SHAKE - Sebagai protein untuk kita rasa lebih kenyang, bertenaga, kawal selera makan, membina otot

❤️Omega Guard / Lecithin - Membakar lemak, kawal kolestrol

❤️ Herblax/ Alfafa - berfungsi sebagai pelawas, mengempiskan perut, membantu menurunkan berat badan

Atau pilihan lain Hello New You Set khas untuk awak yang nak kurus!




Jom kurus sama-sama dengan KakJah! 

Untuk sebarang info boleh wasap atau follow KakJah juga ye
    πŸ‘§Fieza Shukor
    πŸ“±019-7293577
    ⓕNorhafizah AbdulShukor
    πŸ’•Instagram : fieza_shukor

Ulasan