Assalamualaikum dan salam bahagia.
Lama tak menulis buat tatapan pembaca. Hari ni KakJah nak cerita mengenai jeragat, antara petua yang boleh hilangkan makhluk kebencian kaum wanita itu. Hihi
Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut, malah boleh didapati pada bahagian kulit yang lain juga. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit kelihatan tidak sekata.
Jeragat tidak berbahaya dan ianya bukan satu penyakit. Namun, tidak dapat dinafikan ia memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu yang menghadapi masalah berkenaan. Oleh itu, penjagaan kulit secara rutin dan konsisten sangatlah penting untuk mengekalkan kesihatan dan menjauhkan kulit daripada terjadinya sebarang masalah.
PUNCA-PUNCA JERAGAT
1. Terdedah kepada sinaran matahari
Seperti yang kita semua tahu, sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV ini boleh menembusi lapisan kulit seterusnya berisiko menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu kulit seterusnya menyebabkan masalah kulit seperti jeragat, sunburn dan sebagainya.
2. Pencemaran Dari Persekitaran
Zarah-zarah tercemar dari alam sekitar meningkatkan radikal bebas pada kulit bebas dalam badan. Pencemaran juga mengakibatkan microbiome kulit menjadi tidak stabil dengan cara menganggu pertahanan kulit. Kesannya, mungkin akan terdapat bintik bintik hitam terutamanya pada kulit wajah.
3. Faktor Keturunan
Adakah ini satu mitos atau fakta? Jawapannya, fakta. Pigmentasi kulit seorang wanita boleh menurun kepada si anak. Tetapi, tidak perlu bimbang kerana kita masih boleh mengawal melalui rawatan-rawatan yang bersesuaian.
4. Produk Kecantikan Berbahaya
Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat. Bahan-bahan terlarang yang digunakan juga boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.
5. Perubahan / Rawatan Hormon
Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil ini diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun seseorang itu tidak mempunyai sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat.
6. Tekanan Perasaan
Tekanan perasan menyebabkan perubahan terhadap interaksi sesama hormon. Hormon yang tidak stabil mengakibatkan terjadinya jeragat.
Walau risau macam mana sekalipun kita pada masalah kulit yang satu ini, kita massih ada petua untung menghiilangkan jeragat.
Antara petua hilangkan jeragat adalah dengan menggunakan bahan yang ada di dapur kita sahaja! Jom KakJah share antara petua hilangkan jeragat.
PETUA 1
Ambil putih telur, kemudian rendamkan tisu dalam putih telur. Tekapkan tisu tersebut pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buangkan tisu tersebut dan bilas.
PETUA 2
Ambil madu dan gula untuk dijadikan sebagai skrub. Biarkan selama 15 – 20 minit. Kemudian, bilas muka dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.
PETUA 3
Tumbuk beras dan kunyit hidup sehingga lumat. Kemudian perah limau nipis dan masukkan putih telur. Selepas siap adunan, jangan buat lempeng pula! Ok, gurau hihi. Adunan tu sapu di muka dan tunggu sehingga kering. Kemudian bilas dengan air suam untuk mengekalkan kelembapan kulit.
PETUA 4
Potong sebiji kentang dan sapukan kentang tersebut di kawasan jeragat. Biarkan jus dari kentang tersebut meresap ke dalam kulit.
PETUA 5
Belah bawang merah kepada dua. Kemudian gosokkan bawang tersebut pada bahagian muka yang berjeragat secara perlahan-lahan untuk elakkan kulit cedera. Lakukan 2 kali sehari dan lihat pada hasilnya.
PETUA 6
Tuangkan air dari kayu manis ke dalam bekas. Sapukan pada bahagian jeragat dan tunggu selama 15 minit. Kemudian bilas menggunakan air suam.
PETUA 7
Cuka epal berfungsi sama seperti astringen. Ia mengeluarkan minyak berlebihan pada kulit wajah.
Dua cara hilangkan jeragat dengan cuka epal:Tuangkan satu sudu cuka epal dalam satu cawan berisi air. Kemudian, oleskan di tempat yang berjeragat menggunakan kapas. Selepas 10 minit, bilas dengan air suam.
Teknik skrub: campurkan cuka epal dengan tepung jagung hingga menjadi sebatian pekat. Letakkan di kawasan berjeragat dan sental secara lembut. Selepas 15 hingga 20 minit, bilas dengan air bersih.
PETUA 8
Kandungan asid hidroksi dalam jus lemon ialah agen pengelupasan bagi kulit berjeragat. Jenis asid ini membuang lapisan sel kulit mati dan merangsang penghasilan sel kulit baru.
Begitu juga dengan astringen yang terkandung dalam jus lemon yang membuang minyak berlebihan di kulit wajah.
Cara-cara pudarkan jeragat dengan jus lemon:Oleskan jus lemon pada kulit muka dan kawasan berjeragat dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, cuci dengan air bersih. Ulang langkah ini setiap hari sebelum tidur.
PETUA 9
Oat ialah agen pengelupasan semulajadi yang menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul di liang-liang pori.
Dua cara hilangkan jeragat dengan bijirin oat:
- Campurkan dua sudu yogurt, satu sudu jus lemon, sedikit madu dan empat sudu serbuk oat. Sapukan di bahagian kulit yang berjeragat terutamanya pada kulit wajah. Selepas 20 minit, bilas dengan air bersih.
- Campurkan serbuk oat dan air bersih. Sebatikan dan letakkan pada kulit berjeragat. Dalam masa yang sama, gunakan teknik scrub untuk membuang sel kulit mati. Akhir sekali, cuci dengan air bersih.
Lakukan secara rutin contohnya dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan ketara.
PETUA 10
Selain mempercepat pengelupasan sel kulit mati, baking soda juga bertindak mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Caranya adalah dengan campurkan satu sudu baking soda dengan sedikit air hingga menjadi sebatian pekat. Kemudian, sapukan di bahagian yang berjeragat beberapa minit sebelum mencuci muka.
Lakukan secara rutin iaitu dua hingga tiga kali seminggu.
Nota: Kaedah ini tidak sesuai untuk kulit sensitif
PETUA 11
Tanaman herba yang satu ini memang tidak asing lagi digunakan sebagai remedi rawatan kulit. Aloe vera memastikan kulit kekal terhidrasi. Hasilnya, kulit menjadi anjal dan berseri.
Sebatian aktif aloesin dalam lidah buaya berupaya melawan pigmentasi kulit. Dari masa ke masa, jeragat akan memudar dan akhirnya hilang secra semulajadi.
Walaubagaimanapun, selain kaedah menghilangkan jeragat melalui cara tradisional seperti yang KakJah kongsi di atas ini, boleh juga diatasi melalui rawatan farmasi atau juga klinikal.
KakJah pilih YOUTH Shaklee!
Keputusan klinikal menunjukkan
✔100% daripada wanita yang mengikuti kajian ni terbukti kulitnya menjadi lebih muda berbanding sebelumnya, hanya dalam tempoh 7 hari sahaja
✔2/3 wanita berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun dari usia sebenar.
Youth Skincare by Shaklee juga mempunyai kajian klinikal yang terbukti berkesan dimana ia melibatkan analisa terhadap 7 perubahan pada kulit wajah dimana ianya merangkumi:
💖Kedutan di wajah
💖Saiz pori di muka
💖Tone warna kulit
💖Ketegangan kulit
💖Tekstur kulit
💖Pigmentasi pada wajah
💖Kecerahan kulit
KEISTIMEWAAN YOUTH™️
💚100% VEGAN - diekstrak daripada tumbuhan
💚Diuji oleh dermatologist - pakar kulit
💚Diuji oleh Oftalmologist - pakar mata
💚Non-Comedogenic - tak menyumbatkan liang pori-pori
💚Hipoalergenik - selamat dan baik untuk kulit jenis alergik
💚Sesuai untuk semua jenis kulit
💚Bebas dari 1500 bahan kimia yang berbahaya yang banyak digunakan produk lain
💚Tidak diuji ke atas haiwan
💚Mengambil masa selama 8 tahun untuk menghasilkan YOUTH! Bukan berbulan ya
💚Ada 8 patent & patent pendings
💚Juga lengkap dengan KEPUTUSAN KLINIKAL 100% BERKESAN.
Berkenan dengan YOUTH Shaklee atau produk Shaklee yang lain? Boleh terus tekan sini
Nak dapatkan info Shaklee? Boleh juga cari KakJah di bawah ni ok?
👧Fieza Shukor
📱019-7293577
ⓕNorhafizah AbdulShukor
💕Instagram : fieza_shukor
Ulasan
Catat Ulasan