Assalamualaikum dan salam bahagia! π
Setiap orang pasti ada impian tersendiri. Biasa kita dengar impian orang nak kereta mahal, rumah banglo, nak keliling dunia, nak anak ramai dan sebagainya. Namun impian KakJah berbeza dengan hal tersebut, lebih-lebih lagi impian dengan Shaklee.
Apa impian KakJah dengan Shaklee?
SIHAT
Perkara paling penting bila bermula dengan vitamins Shaklee, KakJah nak sihat. Bertambah lagi bila dah masuk dalam keluarga Shaklee memang kita nak sihat dan nak bantu orang lain juga hidup lebih sihat dengan Shaklee. Setakat ini Alhamdulillah asbab Shaklee dengan izin Allah KakJah lebih sihat.
Bayangkan KakJah dahulunya gastrik teruk yang boleh dikatakan muntah hampir setiap hari, resdung yang akan bersin sampai rasa nak demam, kerap berjangkit apabila berdekatan dengan orang yang demam selsema, selalu rasa nak pitam sebab tekanan darah rendah, senggugut hampir setiap kali datang bulan, eczema sampai berdarah-darah yang membuatkan pedih nak mandi π’
Kalau digabungkan semua sakit ni seksanya Allah sahaja yang tau. Lepas tu kan, entah-entah tak ada siapa nak dekat KakJah. Hihi
Alhamdulillah KakJah bermula dengan SET HAMIL SHAKLEE dan kemudian tambah dengan vitamins lain, sekarang jarang sangat nak sakit walau sekadar demam.
Health is real wealth!
PENDAPATAN LEBIH LAYAK DARIPADA KELULUSAN
KakJah mempunyai segulung ijazah daripada universiti tempatan Malaysia dan bekas pelajar matrikulasi selepas sekolah teknik. Dari segi pendidikan Alhamdulillah rezeki KakJah ditempatkan di institusi yang baik. Dari segi kerjaya pula memang rezeki KakJah dengan Shaklee, juga syarikat yang baik. InsyaaAllah dan Alhamdulillah.
Jadi, KakJah berimpian pendapatan yang lebih baik dengan Shaklee melebihi jika KakJah kerja dengan mana-mana syarikat swasta lain mahupun kakitangan kerajaan. Kenapa? Mestilah semua orang nak duit yang banyak. Hihi.. Selain tu supaya KakJah bebas hutang, dapat berbakti pada mak ayah serta keluarga yang dah banyak berkorban untuk KakJah belajar, dapat membantu isi rumah selain dapat beli sendiri apa yang KakJah nak, nak bantu keluarga dan yang memerlukan. Kena dapat bonus Shaklee banyak-banyak la kan untuk semua ni. Belum hal komitmen lagi. Simpanan juga memerlukan pendapatan.
Sebab semua ini, KakJah nak pendapatan yang baik dengan Shaklee. Five figures income? Why not? Jika Allah nak bagi, berapa pun Dia boleh beri. Asalkan yang berkat untuk kita, kan?
Bila dapat pendapatan yang baik, rumah idaman dan kereta idaman pun InsyaAllah kita boleh beli dengan izin-Nya. Ni idaman ramai kan?
Lebih baik dapat money freedom! π
UMRAH / PERCUTIAN PERCUMA SETIAP TAHUN
Sesiapa pun bila mula berbisnes dengan Shaklee, KakJah pasti ada impian yang satu ini. Dan setiap umat Islam KakJah juga pasti, semua menanam impian untuk ke tanah suci. KakJah tak terkecuali. Tapi KakJah teringin pergi umrah dan percutian lima bintang Shaklee untuk diri sendiri dan dapat bawa suami, anak-anak dan makayah bersama.
Awak tahu, setiap percutian atau umrah yang Shaklee taja semua bertaraf lima bintang. Hotel, makanan, pengangkutan, hadiah, luggage malah ada duit belanja dari Shaklee juga. Best sangat kan? Untung siapa yang dapat!
TEAM DI SETIAP DAERAH
Ini juga salah satu impian KakJah bila mula serius dengan Shaklee. KakJah nak keluarga Shaklee KakJah ada di setiap daerah. Lebih memudahkan KakJah dan urusan awak juga bila melibatkan urusan penghantaran, juga lebih baik untuk perkongsian Shaklee di mana-mana π
Semoga KakJah dapat keluarga Shaklee yang ramai, serius dan memerlukan juga semoga KakJah jadi ketua keluarga yang hebat!
Alhamdulillah ini impian KakJah dengan Shaklee. Awak pun boleh pasang impian sendiri, percuma tak kena bayar. Hihi.. Semoga setiap impian dan doa kita dikabulkan Allah. Kalau awak pun nak pasang impian dengan Shaklee bersama-sama KakJah, jangan malu jangan segan boleh hubungi KakJah tau!
Semoga semua impian tercapai...bestnya ada banyak impian..
BalasPadam