Hai semua. Assalamualaikum dan Salam bahagia π
Ramai juga tanya terutama customers, KakJah makan vitamin apa? KakJah suka set Shaklee yang mana? Terus terang KakJah suka semua vitamins Shaklee yang KakJah amalkan. Bukan setakat vitamins tau, skincare, homecare pun KakJah Shaklee kan juga. Hihi
Tapi kalau diminta pilih satu set yang paling KakJah suka, KakJah akan pilih SET UNTUK IBU. Set ni merangkumi Set Hamil, Set Pantang & Set Menyusu. Tak boleh nak pilih satu dah hihi
Kenapa KakJah pilih set ini? Sebab KakJah bermula dengan set ini dan dapat kesan yang baik π₯°
SET HAMIL
Alhamdulillah KakJah sihat sepanjang kehamilan. Sampai dah menunggu hari pun orang tegur, tak macam orang nak bersalin. Nampak sihat!
Antara Kelebihan Set Hamil Shaklee
1. Memberi tenaga tambahan untuk kekal bertenaga bagi melakukan tugasan harian seperti biasa.
2. Membantu mengingkatkan kesihatan yang optimum bagi ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
3. Mencegah masalah yang biasa dialami oleh ibu hamil seperti berikut:
- Letih dan lesu
- Selalu demam dan selsema
- Kejang otot dan sakit belakang
- Susah tidur
- Sakit gigi dan gusi berdarah
- Sembelit
- Kulit gelap di celah lipatan tubuh dan perut yang dipenuhi selulit
Pengambilan nutrisi yang lengkap & berkhasiat sepanjang kehamilan juga adalah kunci utama kepada:
- Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
- Perkembangan bayi yang sihat
- Kesihatan keseluruhan ibu dan bayi
Antara makanan tambahan yang KakJah amalkan semasa kehamilan:
1.Vitalea with Iron Formula
π Membantu ibu menambahkan zat besi kerana kebiasaanya ibu mengandung kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu anemia, mudah pitam, kurang daya ingatan, dan kurang konsentrasi.
2.Sustain Release Vitamin C
π Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan daya imunisasi badan, ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik.
π Membantu penyerapan iron. Kalau tak cukup vitamin c, makanlah iron sekapal pun sukar diserap oleh badan.
3.BComplex.
π Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic yang diperlukan oleh tubuh badan dan membantu tubuh badan bertenaga, bantu lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri serta mengelakkan risiko bayi cacat.
4.ESP
π Memberikan tenaga berkekalan
π Membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin2 lain.
π Kulit lebih gebu, licin dan cantik.
π Menguatkan rahim
π Mengawal kandungan gula dalam darah
5.Ostematrix (nama sekarang Ostenutrix)
π Bayi akan serap kalsium ibu, maka jika ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka ibu akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, malah akan mengalami sakit pinggang, kebas-kebas, simpul biawak dan mudah letih serta lesu.
π Pengambilan Ostematrix juga melawaskan pembuangan dan meringankan sembelit pada ibu hamil.
6.OmegaGuard
π Bagus untuk IQ & visual utama bayi, kurangkan risiko eczema & bantu pengawalan berat badan ibu sepanjang kehamilan.
Menunggu hari semasa mengandungkan Umar
Jom enjoy pregnancy moments macam dengan sihat dan bertenaga dengan set hamil Shaklee macam KakJah π
SET PANTANG DAN MENYUSU
Set pantang dan menyusu tak jauh bezanya dengan set hamil. Hanya tambah Alfafa dan zinc sahaja. Jimat kan? π₯°
Masa pantangkan Umar yang KakJah bersalin secara cesarean pun jiran datang melawat tanya, yang mana satu yang bersalin? Sebab semua nampak sihat walafiat tak macam orang baru lepas bersalin secara pembedahan! Hihi..
Tapi Alhamdulillah untuk kedua-dua anak KakJah cepat turun berat, luka cepat baik, susu memang banyak sampai boleh ada anak susuan, tak ngeri untuk membuang malah membuang dengan lancar, bertenaga walau semasa berpantang juga tak pernah demam dalam tempoh tersebut. Alhamdulillah
2 minggu pantang Umar
Pantang Rayqal. Malu nak share sebenarnya. hihi
Kelebihan Set Berpantang Shaklee
1. Vitalea
π Memberi tenaga kepada ibu berpantang
πTambah darah ibu (elak lesu dan pitam)
π Pengambilan zat besi yang penting terutama bagi yang menyusukan bayi
2. BComplex
π Bantu stabilkan hormon badan ibu
π Beri efek tenang dan rileks daripada kandungan vitamin B
π Elak gangguan emosi / meroyan bagi ibu
3. Vitamin C
π Membantu mempercepat proses penyembuhan luka sama ada bersalin secara normal atau cesarean
πMeningkatkan sistem imun bagi ibu dan memberi manfaat pada bayi yang minum susu ibunya
π Memperbaiki sel tisu yang rosak ketika bersalin.
4. ESP
π Memberi tenaga
π Milkbooster dan membantu susu lebih pekat
π Mencantikkan kulit ibu
π Membantu kawal paras kolestrol ibu
5. Ostenutrix
π Membekalkan sumber kalsium
π Mengatasi masalah sembelit dan buasir
π Tidur lebih lena
π Elak lenguh / cramp
6. Omega Guard
π Atasi buasir
π Bantu ibu dalam penurunan berat badan
π Baik untuk imuniti ibu dan bayi yang meminum susu ibunya
πBaik untuk IQ dan mengelakkan eczema / keradangan kepada bayi yang minum susu ibu
7. Alfafa Complex
π Milkbooster
πJamu moden untuk ibu yang berpantang bagi membantu perbaiki kesihatan dalaman wanita
Alhamdulillah bila ada rezeki untuk zuriat lagi KakJah pasti akan amalkan set hamil, pantang dan menyusu Shaklee lagi dan lagi. Doakan ye π
Untuk pembelian set-set ini ataupun produk Shaklee yang lain boleh klik sini
π§Fieza Shukor
π±019-7293577
ⓕNorhafizah AbdulShukor
πInstagram : fieza_shukor
Ulasan
Catat Ulasan