KERJA DARI RUMAH BUKAN PERKARA BARU


Assalamualaikum dan salam bahagia 😊


Kerja dari rumah zaman sekarang? Tak pelik dan bukan suatu yang baru.

Macam biasa, ramai je yang kata "rugi belajar tinggi² tapi tak kerja", ramai je yang pandang rendah. Berapa ramai yang kata, "awak boleh la, tak kerja"


Hakikat yang orang tak nampak, kita kerja ikut masa kita. Tak perlu nak rempuh jammed pagi petang. Tak perlu pakai office attire. Tapi kita tetap kerja dan mendatangkan pendapatan 😊


Alhamdulillah. 


Sejujurnya KakJah sendiri tak pernah membayangkan yang KakJah akan kerja dari rumah


Ya lah, kita belajar dari sekolah harian biasa sampai ke sekolah teknik, sambung ke matrikulasi dan direzekikan sambung ijazah sarjana muda terus di universiti tempatan. Dah penat belajar, mesti rasa nak kerja best², kan?


Yang orang nampak  dan sangka kerja dari rumah ni hampeh. Yang orang tak tahu kerja dari rumah pun ada yang berpendapatan 3 angka, 4 angka, 5 angka, malah yang 6 angka pun tak terkecuali.


Sungguh, tak tipu! Dengan Shaklee ianya memamg benar. 


Tapi KakJah bersyukur sangat walaupun dipandang rendah sebab 'tak kerja', KakJah dapat bekerja sambil membesarkan anak sendiri. KakJah dapat lihat setiap perkembangan anak² setiap hari. KakJah dapat menyusukan anak² setiap satunya hampir 3 tahun dengan susu ibu. 








Boleh dikatakan KakJah dapat time freedom. Anak² pergi sekolah KakJah boleh buat apa yang KakJah suka selain buat apa yang perlu. Anak² cuti sekolah KakJah boleh balik kampung dan biasanya kami akan duduk Cameron Highland sejak suami KakJah kerja dan tinggal di sana. 


Bayangkan kalau KakJah kerja di luar, dengan keadaan PJJ, anak² sekolah siapa nak urus? Anak² cuti sekolah seminggu, 2 minggu, 3 minggu mesti KakJah tak dapat cuti sama² jika terikat dengan kerja. 


Tapi disebabkan KakJah kerja dari rumah, KakJah boleh buat kerja dari rumah mana pun πŸ˜‚. Rumah suami di Cameron, rumah mak di Pasir Gudang atau rumah mertua di Perak? Semua boleh! Cuti pun kerja boleh jalan. 


Macam mana tu? 


Klik² sahaja order team / customers di web Shaklee dan Shaklee akan uruskan penghantaran. Senang, mudah dan cepat. 


Antara Kelebihan Kerja Dari Rumah

1. Bebas dalam membuat keputusan berkaitan kerja.

2. Masa bekerja yang fleksibel

3. Apa yang kita usahakan, kita akan dapat

4. Dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas

5. Dapat meluangkan masa lebih bersama keluarga

6. Menjimatkan kos pengangkutan

7. Mengurangkan tekanan

8. Bebas  bekerja di mana sahaja

9. Dapat melakukan kerja tambahan iaitu kerja yang berkaitan anak  dan rumah



Keburukan / Kelemahan Kerja Dari Rumah

1. Tiada jaminan kewangan

2. Kesunyian, tiada kawan sekerja seperti di pejabat

3. Tidak dapat fokus sepenuhnya

4. Tidak proaktif

5. Kekurangan kemudahan kerja seperti komputer / printer / mesin fotostat dan sebagainya

6. Sukar mengasingkan masa peribadi dan masa bekerja

7. Kurang komunikasi dua hala


Walaubaagaimanapun, bekerja dari rumah atau bekerja di pejabat / sites dan seumpamanya mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. 


KakJah pilih bekerja dari rumah dengan bisnes Shaklee sebab:

1. Sistem Shaklee yang patuh syariah

2. Shaklee mempromosikan hidup sihat

3. Shaklee boleh memberi kebebasan masa dan kewangan

4. Peluang 3C yang Shaklee tawarkan

5. Bisnes Shaklee yang sesuai untuk semua golongan

6. Yuran keahlian yang rendah dan tiada belian minima

7. Produk Shaklee ada Clinical Test; sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa semulajadi.


Awak nak bekerja dari rumah? Rasa tak yakin / tak pandai?

Jangan risau, dengan Shaklee dan KakJah, awak akan dibimbing dan sama-sama kita buat sampai jadi.


Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan konsultasi percuma, boleh hubungi KakJah Pengedar Sah anda! 

    πŸ‘§Fieza Shukor
    πŸ“±019-7293577
    ⓕNorhafizah AbdulShukor
    πŸ’•Instagram : fieza_bungaa


Ulasan