Assalamualaikum dan salam bahagia ๐
Seperti bekerja dari rumah, bisnes online juga bukan lagi perkara baru dalam masyarakat masa kini di negara kita.
Setiap orang punya sebab tersendiri untuk memulakan bisnes online, yang pastinya adalah untuk menambah pendapatan.
Hari ni jom KakJah share tips bisnes online.
1. Tidak perlu buat produk sendiri
Daripada bersusah payah nak buat produk sendiri dengan kos, mencipta nama dan semestinya mencari idea, lebih baik la menjual barang yang dah ada nama sendiri. Ingat! Bila baru nak mula bisnes, banyak yang perlu dipertimbangkan.
Ingat juga, jika diri kita sendiri pun kalau nak beli barang mesti beli barang yang jenamanya kita ketahui dan kita yakin dengan produk tersebut. Jadi, orang lain pun sama. Sebab ini tak salah menjual barangan orang lain asalkan mengikut polisi perniagaan pemilik produk.
2. Modal yang rendah
Macam yang KakJah kata tadi, baru nak mula bisnes jadi banyak yang perlu diambilkira termasuk modal. Mulakan dengan apa yang kita ada, tak perlu buat pinjaman untuk mulakan bisnes. Lebih-lebih lagi bisnes online yang bermula dari rumah, tak perlukan modal yang banyak untuk menggajikan pekerja dan menyewa bangunan.
3.Risiko yang rendah
Walaupun bisnes online, kita perlu meminimumkan kerugian. Jika produk kita yang ada tarikh luput, tidak perlu buat stok yang banyak dan wajib untuk kita berkongsi supaya orang tahu apa yang kita jual. Tak berkongsi, orang tidak tahu, siapa pula nak belikan?
4. Belajar ilmu pemasaran
Menjalankan bisnes online bukan bermakna kita perlu langgar dan redah! Adanya ilmu pemasaran lebih mudah untuk membuat jualan.
5. Membina pasukan
Apabila berkembangnya bisnes, sampai satu masa kita tak akan lagi mampu untuk uruskan semua. Maka tiba masanya untuk membina pasukan dan dalam masa yang sama memberi peluang perniagaan online kepada orang lain.
6. Produk / Perkhidmatan berkualiti
Kalau dalam bisnes kita biasa dengar 'mouth to mouth marketing' yang membantu perniagaan kita tersebar dengan cepat, perniagaan online lebih lagi. Segala info boleh disebar dengan mudah dan cepat. Kalau produk / perkhidmatan yang baik baguslah, kalau sebaliknya? Siapa nak beli produk atau gunakan perkhidmatan yang mendapat komen yang negatif.
7. Simpan database
Database seperti nama dan nombor telefon pelanggan penting untuk pemilik bisnes online. Selain untuk berkongsi promosi dan melakukan pemasaran, kita boleh juga follow up prospek.
8. Konsisten
Kalau kita pergi kedai yang hari ni buka esok lusa tutup buka tutup tak konsisten, mesti kita rasa "orang ni berniaga lagi ke tak?". Sama la dengan pemilik bisnes online. Walaupun online tak boleh main-main kalau tak nak bisnes kita jatuh ke tangan orang lain
9. Tidak ada jalan singkat untuk berjaya
Setiap laluan dalam perniagaan yang kita pilih mempunyai cabaran tersendiri. Kalau penat / down, berehat bukan berhenti. Orang yang mengaku kalah dan berhenti di tengah jalan usahanya, sukar untuk berjaya. Jadi, walaupun kita berniaga hanya atas talian, jiwa dan semangat kita kena kuat untuk terus berjuang mencapai kejayaan.
10. Berbisnes kerana agama dan Allah.
Dalam Islam, kita dituntut untuk melakukan perniagaan kerana dengan perniagaan kita mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang halal lebih banyak. Selain itu, dengan berniaga kita juga mempunyai peluang untuk bersedekah dengan nilai yang lebih besar.
Setakat ini sahaja yang KakJah boleh tulis untuk awak yang nak berniaga online. Semoga seedikit sebanyak dapat membantu awak untuk berjaya dalam bisnes.
Kalau awak masih berkira-kira untuk buat bisnes online, tak tau bisnes apa nak buat, tak tau nak cari siapa, jom Shaklee bersama KakJah!
Ulasan
Catat Ulasan