TIPS TRAVEL DALAM NEGARA

 

Assalamualaikum dan salam bahagia 😊


Travel? KakJah rasa KakJah antara orang yang selalu travel dari muda remaja sampai sekarang.

 

Nak kata travel jauh tu tidak la, masih dalam Malaysia. Zaman kampus KakJah selalu travel dari Pasir Gudang, Johor ke Sintok, Kedah. Hujung ke hujung. Sekarang tinggal di Kuala Lumpur selalu travel balik Johor rumah makayah, ke Perak rumah mertua dan ke Cameron Highland tempat kerja serta tempat tinggal suami buat beberapa tahun ini.


Itu antara travel wajib. Belum lagi plan kami suami isteri misi utara, misi selatan dan misi pantai timur dan jalan-jalan selain yang di atas.


       Contoh misi KakJah ke selatan. Dari KL -Negeri Sembilan - Melaka - Johor



Dalam masa 2 tahun Alhamdulillah dah berjaya misi ke selatan, pantai timur dan seterusnya akan ke utara pada hari ini. 


Jadi, apa tips travel KakJah boleh bagi?

1. Pilih masa / tarikh yang sesuai



Mesti la kena pilih tarikh dulu kan. KakJah mesti akan tengok kalender beberapa kali kalau nak travel. Betul, kadang-kadang redah je terus pergi pun best. Cuma ada masa kena rancang juga. 

Contoh, tengok dulu takwim persekolahan. Biasanya kalau cuti sekolah ada beberapa tempat memang jem teruk. Jadi kena rancang masa bertolak awal.

Ada juga tempat yang lengang pada bulan-bulan tertentu, masa inilah barang lebih murah. Jadi jimat travel pada waktu begini. 

Inilah antara sebab kena pilih masa atau tarikh yang sesuai untuk travel. 


2. Rancang tempat untuk dilawati

Perlu plan tempat mana yang kita akan pergi. Ini untuk sesuaikan dengan pakaian, untuk tidak membuang masa mencari tempat menarik nak pergi bila dah sampai ke sesuatu lokasi dan boleh bajet juga kewangan. 


3. List kan barang yang perlu bawa

Contoh checklist barang yang perlu dibawa


KakJah memang biasa buat begini. Ayah KakJah jenis teliti. Masa KakJah nak kahwin siap buat buku to do list, siap ayah buat meeting keluarga apa kena buat, siapa kena buat dan sebagainya πŸ˜…

Jadi dah terbiasa bagi KakJah untuk tulis juga barang apa yang perlu dibawa supaya tidak ada yang tertinggal atau terlebih bawa. 


4. Jangan lupa dokumen penting

Berjalan seronok-seronok jangan lupa bawa dokumen penting. Kad pengenalan, kad bank, lesen antara yang wajib. Kad nikah / sijil nikah jangan lupa pula!


5. First Aid / Ubat-ubatan

Bila bercuti mungkin akan ada kejadian tak terduga. Jadi, first aid sangat penting untuk dibawa. 

KakJah biasa akan bawa minyak yuyi, krim serbaguna herbal blend Shaklee, hansaplast dan vitamin Shaklee yang perlu.


6. Botol Air

Comel kan botol air KakJah πŸ₯°

Bila travel, kita akan banyak berjalan. Jangan lupa bawa bekalan air minuman untuk kekal hidrat dan bertenaga. Boleh juga bawa sedikit Performance Drink Shaklee untuk tujuan kekal hidrat dan bertenaga sepanjang masa. 


7. Tempahan awal

Tiket flight, hotel dan aktiviti boleh ditempah awal bagi mengelakkan kesukaran di saat akhir. Ia boleh menjimatkan kos juga sebab biasanya tempahan awal harga lebih murah atau boleh survey untuk harga yang lebih berpatutan.


8. Bawa snacks



Perjalan yang jauh memang kena ada kudap². Tak la boring dalam kereta nak mengunyah tak ada makanan. Hihi. Lagi pun, tak perlulah nak berhenti di setiap hentian untuk beli makanan.


9. Jangan bungkus alatan mandi bersaiz penuh

Tak kira la kita naik flight atau kereta, kena jimatkan ruang beg. Tambahan lagi, kita tak guna banyak pun barang mandian bila travel beberapa hari. 


10. Cara melipat pakaian


Pakaian yang banyak menjadi masalah bila tak muat beg, perempuan la biasanya πŸ˜…

Eloknya gulung pakaian untuk jimat space.


11. Jangan lupa charge phone dan bawa powerbank

Handphone bukan saja digunakan untuk call / text, tapi untuk melihat peta dan mengambil gambar juga. Susah juga kalau phone kita kehabisan bateri. Jadi perlu juga bawa powerbank bersama untuk kecemasan. 


Itu sahaja kot tips yang KakJah nak bagi. 


Happy holiday untuk awak yang nak travel cuti² Malaysia!


Nak dapatkan info atau shopping produk Shaklee? Boleh cari KakJah di sini ok?


    πŸ‘§Fieza Shukor

    πŸ“±019-7293577

    ⓕNorhafizah AbdulShukor

    πŸ’•Instagram : fieza_bungaa

Ulasan