GASTRIK. MACAM MANA PUASA?

 

    Rasanya semua maklum sukarnya berpuasa bagi penghidap gastrik. Hari ni KakJah nak cerita pengalaman sendiri yang menghadapi masalah berkenaan sejak 2003 dan bagaimana KakJah atasi masalah ini untuk berpuasa secara sihat dan bertenaga.

    Asalnya ia bermula masa KakJah tinggal di asrama. Selalu 'stress' yang juga menjadi antara penyebab gastrik dan selalu juga 'skip' makan. Bertambah teruk apabila KakJah berpuasa dan berbuka pula dengan makanan pedas! 

    Sejak dari itu bermula la episod selalu pedih perut sehingga ke ulu hati, muntah-muntah, hampir tak boleh jalan akibat kesakitan dan pernah juga diberi 'injection'. Kata doktor gastrik KakJah dah teruk juga.

   Dan bermula itu juga KakJah akan diserang masalah yang sama setiap kali berpuasa.

    

  



    Pada mulanya KakJah memang redha je kalau dapat sakit yang sama ketika berpuasa. Yang penting KakJah sahur macam biasa dan akan tetap berpuasa selagi bukan period. Memang masa tu sampai teruk la diserang gastrik tu 😢

    Sampai satu masa sewaktu KakJah di kampus tahun akhir, kaki KakJah patah dan menyebabkan kesukaran pergerakan. Macam mana nak jalan pagi-pagi buta mencari makanan sahur? Di bilik asrama memang tak dibenarkaan masak. Jadi KakJah mula mencari tahu makanan yang boleh membuatkan KakJah bertahan untuk berpuasa. 

    Sejak itu KakJah akan makan oat dan kurma ketika bersahur. Alhamdulillah tak lagi diserang gastrik yang teruk. Namun, KakJah masih lagi mencari solusi lain ketika itu untuk sihat terus dari sakit berkenaan.

                                    


    

    Sehinngalah KakJah bebas gastrik tanpa sedar pada tahun 2013. Lama kan? 10 tahun baru bebas dari pedih perut sampai muntah-muntah masa puasa. Masalahnya tak puasa pun memang sokmo la gastrik ðŸ˜…

    Fikir punya fikir baru KakJah sedar macam mana KakJah boleh berpuasa sedangkan KakJah sarat mengandungkan Umar masa tu dan seorang penghidap gastrik sepanjang 10 tahun!

    Rupanya KakJah tanpa sengaja makan set gastrik yang ada dalam set hamil iaitu ESP, BCOMPLEX dan OSTEMATRIX (nama sekarang ialah Ostenutrix) yang mana semua ini dalam set hamil.




Tengok, ada kan vitamins yang KakJah cakap tu dalam set ni 


        Syukur KakJah tak lagi diserang gastrik masa berpuasa. Walaubagaimanapun, KakJah tetap ambil Set Puasa Shaklee untuk mengelakkan KakJah sakit lagi semasa berpuasa. Hasilnya KakJah pernah berpuasa penuh semasa diakhir kehamilan sewaktu mengandungkan Umar, juga dapat berpuasa penuh sewaktu awal kehamilan masa mengandungkan Rayqal dan dapat juga puasa penuh semasa menyusukan keduanya (selagi tak datang period).


    Alhamdulillah KakJah masih lagi mengamalkan set puasa shaklee sampai sekarang supaya dapat berpuasa dengan sihat dan bertenaga.




Fieza Shukor

019-7293577



Ulasan