Hai, Assalamualaikum dan Salam Bahagia semua!
Biasa dengar puasa dulu baru raya kan? Kali ni KakJah nak cakap sahur dulu baru puasa. InsyaaAllah panjang umur kita akan menjalani ibadah puasa Ramadan pada 23 Mac pada tahun ini. Jom sesama kita sahur untuk puasa yang lebih bermakna.
Lafaz Niat Puasa
1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Sahur berasal daripada perkataan Arab iaitu سحر sahara yang bermaksud bahagian akhir malam yang hampir dengan waktu subuh atau terbitnya fajar. Dari segi istilah ia bermaksud perbuatan mengambil makanan pada waktu akhir sebelum terbitnya fajar.
Kebaikan bersahur
1. Mengikut sunnah
2. Membezakan diri dengan Ahlul Kitab - “Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dan puasa ahli kitab terletak pada makan sahur.” (Hadis Riwayat Muslim)
3. Menambah kekuatan untuk beribadah
4. Ada keberkatan
5. Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan
6. Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa
7. Waktu bersahur adalah antara waktu dimakbulkan doa
8. Baik untuk kesihatan diri.
Ramai yang berkongsi makanan yang baik untuk bersahur bagi ketahanan dan tenaga sepanjang berpuasa. Jadi, KakJah tak nak kongsi perkara yang sama tetapi KakJah nak kongsi makanan yang patut dielakkan semasa bersahur.
1. Makanan pedas - ia dapat menyebabkan rasa haus berterusan. Selain itu, orang yang menderita keradangan perut yang mengambil makanan pedas dapat merangsang peningkatan asid perut sehingga berpotensi menyebabkan sakit perut ketika berpuasa.
2. Kopi - menggalakkan pengeluaran air, ia akan membuatkan si peminum akan ke tandas dengan lebih kerap dan boleh menyumbang kepada hidrasi semasa berpuasa.
3. Makanan masin - tidak baik bagi penghidap hipertensi dan makanan ini juga menyebabkan rasa haus berlebihan.
4. Karbohidrat ringkas - makanan dari kategori ini membuatkan kita merasa cepat kenyang dan cepat juga berasa lapar. Tenaga yang dihasilkan oleh karbohidrat ringkas ini terus dilepaskan kepada tubuh sehingga tidak akan bertahan lama untuk membantu anda tetap merasa kenyang sewaktu berpuasa.
5. Makanan tinggi lemak - ia boleh menyebabkan sembelit ataupun cirit-birit.
Sekian sahaja perkongsian KakJah kali ini. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadan akan datang 😊
Ulasan
Catat Ulasan