OPEN HOUSE

 

Assalamualaikum dan salam bahagia.  Diam tak diam dah nak habis raya dah kan? 


Raya pula tak asing lagi dengan Hari Raya Open House. Kalau di Johor, biasanya dah habis raya pun open house tak habis lagi 😁


Tapi, dari dulu ayah KakJah tak biasakan dengan open house. Siapa nak datang beraya, datang je raya kan?. InsyaaAllah ada saja rezeki mak masak. Itu tak termasuk menu awal raya. Tak perlu open house memang penuh rumah sanak-saudara beraya. 


Jadi, KakJah pun masih lagi ikut cara ayah. Tak buat dan tak pernah buat pun open house. Tapi, raya tahun ni anak buah yang datang dari Johor beraya sekali dengan jiran rapat KakJah. Makanya, tidak la open house tapi masak la lebih sikit untuk tetamu πŸ₯°


Ni je gambar makanan yang ada. Hari sekolah sibuk urus anak, sibuk masak & mengemas juga. Dah penat tak teringat nak ambil gambar lain. hiihi

Masa buka puasa kawan² yang sama datang buka puasa, KakJah dah masak soto. Jadi raya KakJah tukar menu. Nasi beriani, ayam goreng, ayam masak merah, acar darat, mee kari. Itu saja yang sempat. Yang datang ramai mencari laksa Johor, ampun memang tak sempat πŸ™




Antara gambar Hari Raya open house KakJah yang tak open sangat πŸ˜†.


KakJah ada juga ke open house rumah kawan baik, tapi menu segan nak ambil gambar, makan je KakJah tak segan πŸ™ˆ


Seminggu lepas tu open house rumah mertua pula. Mak siap call KakJah bagitau. Jadi kita balik kampung lagi dengan Hari Raya Open House, buat sibuk2 kat dapur. hiihi




Ni menu Hari Raya Open House kat rumah mertua KakJah. Halah tengok semula gambar² makanan ni pun, sedapnyaaa terus rasa lapar. Nak makan lauk raya lagiiii. 


InsyaaAllah Jumaat jamuan raya sekolah Umar & Rayqal, yang ni mama tukang masak / bawakan makanan je la. Sabtu ni pula KakJah ada 2 jemputan hari raya open house di rumah kawan² sekolah teknik. Hari Ahad pula jamuan raya bersama anak yatim dan penduduk anjuran surau di rumah KakJah ☺️



Best betul raya. Banyak makanan sedap, ada yang jumpa masa raya je. Jadi, rugi tak makan! 🀣


Yang penting makan kena beringat. Jangan la makan sampai bertambah-tambah setiap jenis, sampai sendat perut sendat seluar / kain. 


Dan jangan lupa vitamin raya tau! Hari raya open house macam² kita makan, kena sedia perisai.






Semoga dengan bantuan perisai supplements raya Shaklee ni, berat kita terkawal, kolestrol berada tahap yang baik, tak ada la masalah sembelit dan sihat sejahtera semuanya. 


Semoga kita, keluarga dan orang tersayang dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk berjumpa lagi Ramadan dan Syawal tahun² depan. Aamiin 🀲


Sekian, beraya tu raya juga. Kesihatan jangan lupa. Salam sihat dan ceria selalu!


Opsss jangan lupa grab promo rahmah yang akan berakhir bulan ni.

VITAMIN C + ESP HANYA RM99 SAHAJA!!


Untuk sebarang info boleh wasap atau follow KakJah juga ye. 

    πŸ‘§Fieza Shukor

    πŸ“±019-7293577

    ⓕNorhafizah AbdulShukor

    πŸ’•Instagram : fieza_shukor

Ulasan