MUTIARA KATA MOTIVASI

 

Assalamualaikum dan salam bahagia


Setiap manusia ada masa up and down. Hari ini kita penuh bersemangat, esok tak mustahil semangat kita merudum. Tak terkecuali masalah emosi atau lebih tepat masalah berkaitan mental yang banyak melanda masyarakat kita hari ini. 


Kata-kata motovasi ini antara cara kita bangkit dan boleh membakar semangat juga memberi dorongan untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik dan positif.


Kalau awak nak tahu, KakJah memang dari sekolah minat menulis dan mengumpul mutiara kata atau kata-kata motivasi dari tokoh-tokoh dan penulis. Jadi, hari ni KakJah tak nak kongsi satu, tapi banyak kata-kata motivasi yang KakJah suka dan mungkin memberi manfaat kepada awak dan kita semua.



1. Anda menuai apa yang anda tanam.

Jadi jangan cepat mengalah. Teruskan usaha untuk mendapat hasil yang anda mahukan!


2. Jika anda benar-benar mahu melakukan sesuatu, anda akan mencari jalan. Jika tidak, anda akan mencari alasan. – Jim Rohn


3. Orang yang berjaya terus bertindak. Mereka membuat kesilapan tetapi mereka tidak berhenti. – Conrad Hilton


4. Mengetahui tidak cukup, kita mesti bertindak. Keinginan tidak cukup, kita mesti berusaha. – Johann Wolfgang Von Goethe


5. Ombak itu tidak besar, hanya perahu yang kecil. Maka jangan hanya minta diringankan ujian tetapi pintalah dikuatkan iman.


6. Bersyukurlah ketika merasa lelah, tidak semua orang mampu sekuat kamu.


7. Setiap pengalaman mestilah dimasukkan ke dalam kehidupan kerana tiada kata untuk belajar seperti tiada kata akhir dalam kehidupan, dan tugas paling sulit dalam hidup adalah belajaar untuk sabar.- Annemarie Schimmel


8. Ada beberapa pengalaman hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk tetapi setelah sampai ke penghujung barulah kita mengerti dan rasai bahawa yang buruk itu akhirnya adalah kebaikan. - Hamka


9. Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. - Surah al Baqarah ayat 153


10. Jangan kita menginginkan semua berlangsung mengikut kehendak kita, tetapi kita harus bersabar dengan setiap kejadian supaya perasaan kita tetap tenang. - Epictetus


11.  Kemuliaan kita yang tertinggi bukanlah kerana kita tidak pernah jatuh, melainkan kerana kita berdiri kembali setiap kali jatuh. - Goldsmith


12. Orang yang nampak kuat, tenang dan matang itu kita tak tahu sudah berapa kali dia jatuh, ditikam dan rabak hatinya sebelum ini. 


13. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan diluar kemampuan orang lain.


14. Pendidikkan memang tidak menjamin kejayaan. Namun tanpa pendidikan, kehidupan akan menjadi lebih sukar dan sulit.


15. Anda harus menyedari bahawa kegagalan itu bukanlah merupakan akhir kepada satu usaha tetapi ianya merupakan sebagai satu batu loncatan untuk menempuh kejayaan.


16. Allah adalah sebaik-baik perancang. Maka yakinlah bahawa walau apa pun, selalu ada hikmah di sebalik perancangan-Nya.


17. Jangan sesekali berfikir untuk berhenti dari apa yang telah kamu usahakan selama ini, kerana langkahmu sudah terlalu jauh untuk menyerah.


18. Jika kehidupan membuatkan diri kita menangis, ingatlah ada ribuan kenangan indah yang membuatkan kita tersenyum.


19. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, ada akhirnya dan ada kebahagiaan menunggu di hujung jalan. Mengapa? Kerana Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita.


20. Elakkan membuang masa untuk menjadi lebih baik daripada orang lain. Apa yang penting ialah menjadi lebih baik daripada diri anda sendiri dari sebelumnya.


21. Kehidupan bukan satu perlumbaan. Lakukan yang terbaik setiap hari. Selebihnya bersyukur atas segala nikmat-Nya.


22. Orang yang berjaya terus bertindak. Mereka membuat kesilapan tetapi mereka tidak berhenti. - Conrad Hilton


23. Anda belajar lebih banyak dengan kegagalan berbanding terus berjaya. Jangan biarkan kegagalan buat anda mengalah. Kegagalaan boleh membentuk jati diri anda.


24. Bina hubungan dengan semua orang. Usah jadi orang bisnes yang sukar didekati. Orang yang berasa selesa dengan kita akan senang berurusan dengan kita.


25. Jadilah orang yang paling ikhlas bukan orang yang paling baik sebab orang yang dilihat baik itu belum tentu lagi ikhlas.


26. Seburuk apa pun masa lalu kita, mereka telah berlalu. Berusaha yang terbaik saat ini untuk persiapkan masa depan yang lebih baik.


27. Meminta maaf tak menjadikan kita hina, memberi maaf tak menjadikan kita bangga, tapi ia akan menjadikan hidup kita lebih tenang dan bahagia.


28. Bersyukur dengan apa yang ada dan anda akan mendapat lebih banyak. Jika anda menumpukan perhatian kepada apa yang anda tidak ada, anda tidak akan pernah berasa cukup. - Oprah Winfrey


29. Perlahan-lahan daki kejayaan kerana semua perkara bermula dengan kesusahan.


30. Berusahalah bukan sahaja untuk berjaya, tetapi juga untuk mebuat diri lebih bernilai. - Albert Einstein


Sekian sahaja kata motivasi KakJah. Ada masa InsyaAllah KakJah akan compile kan mutiara kata yang ada dalam buku KakJah.


Jangan mudah mengalah dan teruslah bersemangat!


KakJah tau cerita hidup kita tak sama. Tapi KakJah doakan awak dan kita semua sentiasa kuat, bahagia dan berjaya. Semoga kata-kata motivasi ini menjadi pembakar semangat kita semua. 




    ๐Ÿ‘งFieza Shukor

    ๐Ÿ“ฑ019-7293577

    ⓕNorhafizah AbdulShukor

    ๐Ÿ’•Instagram : fieza_shukor


Ulasan